paccar service gambar lama
PACCAR MOTORS SDN BHD telah di daftarkan pada tahun 1990 dan telah memulakan operasinya dialamat 61 Seberang Jerteh, 22000, Jerteh, Besut, Terengganu sebagai pusat jualan dan servis kenderaan. Pada tahun 1993, syarikat kami telah dilantik sebagai wakil jualan, servis dan alat ganti bagi kenderaan PERODUA dengan keupayaan menyediakan seluas 4 buah kenderaan utk dibuat pameran dan 3 hoist iaitu 3 ruang untuk servis kenderaan.

Setelah beroperasi selama 20 tahun kami memerlukan kawasan yang lebih besar untuk menampung kehadiran para pelanggan kami disamping konsep Corporate Image yang baru diperkenalkan oleh PERODUA untuk wakil jualan, servis dan alat ganti. Kami merupakan Wakil Pengedar PERODUA yang PERTAMA DI PANTAI TIMUR yang memulakan pengenalan "Corporate Image PERODUA".

Dari sini kami telah berpindah ke kawasan yang berhampiran kira kira 300 meter dari tempat asal yang dapat menampung ruang menunggu untuk pelangan yang lebih selesa dan ruang untuk servis kenderaan sebanyak 8 buah kenderaan dalam satu satu masa. Tempat baru kami ini beralamat di Nombor 28, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.
Pada bulan Oktober 2010 kami telah memulakan operasi di tempat baru ini dengan menjenamaan sebagai pusat servis perodua PACCAR SERVICE SDN BHD dengan kakitangan seramai 25 orang dan pusat jualan perodua PACCAR MOTORS SDN BHD yang juga telah berpindah ke alamat PT337, RK Permint, Bandar Jerteh, 22000, Jerteh, Besut, Terengganu.

Setelah beroperasi selama 30 tahun iaitu pada 1hb Januari 2020 kami telah memulakan operasi cawangan pusat servis perodua kami di Pasir Puteh setelah kelulusan kami dapati daripad PERODUA pada tahun 2019. Alamat pusat service PACCAR SERVICE SDN BHD di Pasir Puteh beralamat di Lot 3622, Jalan By Pass Pasir Puteh, Kampung Alur Pasir, 16800, Pasir Puteh, Kelantan dengan keupayaan ruang untuk servis sebanyak 3 hoist dan kaki tangan seramai 10 orang. In Shaa Allah kami akan lakukan terbaik untuk kenderaan PERODUA anda kerana ANDA KEUTAMAAN KAMI
paccar_service_rectangular

Paccar Servis Sdn. Bhd. bertitik tolak dari tahun 1990. Dengan pengalaman selama lebih dari 30 tahun, Paccar Service kini menawarkan perkhidmatan di Terengganu dan Kelantan.