Servis Kami

Di Paccar Service kami menyediakan perkhidmatan yang lengkap untuk membantu kereta Perodua anda dapat berkhidmat sehabis baik.

Antara servis yang kami tawarkan ialah memastikan enjin berfungsi, tahap kesejukan penghawa dingin ialah pada tahap optimum, semua jenis lampu indikasi menyala dengan baik, lampu signal kiri, signal belakang dan belakang berfungsi dengan jaya dan bermacam jenis pemeriksaan lagi. Beberapa servis kami dinyatakan di halaman ini.

Penyelenggaraan (Maintenance)

Menjaga kereta pada tahap yang optimum amat penting. Kereta yang tidak dijaga dengan baik akan memerlukan pelbagai servis di kemudian hari. Antara komponen yang memainkan peranan ialah minyak enjin. Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir. Jika tidak ditukar bila perlu, kadar kebolehgunaan minyak hitam sebagai pelincir akan berkurang.

Minyak enjin yang likat akan menjaga dan melindungi enjin. Minyak enjin yang optimum juga akan membantu mengawal haba enjin. Kereta yang panas boleh terjadi disebabkan minyak enjin yang kurang likat.

Penyaman Udara (Aircond)

Minyak compressor dan gas compressor aircond perlu ditukar apabila tiba masa kerana sifatnya yang semakin berasid dari semasa ke semasa.

Kita tak mahu kereta kita makin kerap panas bukan?

Alignment

Penyelenggaran alignment berkala perlu di lakukan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Alignment ialah apabila stereng kereta anda mula ke kanan atau kiri apabila anda menekan minyak dan tanpa anda menggerakkannya.

Proses penyesuaian sudut tayar dan memilih tayar yang sesuai adalah antara elemen penting dalam proses alignment kereta anda.

Balancing

Kita tak mahu kereta kita bergegar bukan pada kelajuan tinggi? Sebab tu kita perlukan proses balancing ni. Paccar Service akan menggunakan mesin khas untuk pastikan tayar dan rim pada tahap yang sepatutnya.

Perbezaan berat di tempat yang tidak sepatutnya akan membuatkan anda berasa tidak puas hati dengan kondisi kereta anda!
paccar service inspection

Pemeriksaan (Inspection)

Pemeriksaan akan dilakukan oleh juruteknik yang berkemahiran. Juruteknik akan memeriksa kenderaan anda melalui senarai semak ciri-ciri yang mesti berfungsi dengan betul untuk dianggap selamat. Ini termasuklah ciri-ciri penglihatan seperti lampu, hon, cermin, sistem stereng dan brek, tali pinggang keselamatan, dan tayar anda. Juruteknik akan menyemak sebarang bahaya yang jelas seperti kebocoran bahan api dan kehadiran apa-apa situasi yang boleh menjadi alasan kegagalan pemeriksaan.

Perodua Total Protect Plus
(Insurans)

Perlindungan yang disediakan khas oleh Perodua ini dapat membantu anda mengurangkan penat lelah berfikir tentang menjaga kereta Perodua anda selama 12 tahun!.

Antara khidmat lain yang ditawarkan ialah servis kecemasan, servis kemalangan, 24 jam Auto Assist dan banyak lagi.


Inginkan quotation insurans anda? Tekan button di bawah.
perodua total protect plus paccar service
paccar_service_rectangular

Paccar Servis Sdn. Bhd. bertitik tolak dari tahun 1990. Dengan pengalaman selama lebih dari 30 tahun, Paccar Service kini menawarkan perkhidmatan di Terengganu dan Kelantan.